-->

Hemohemo

A I R E E N

Assalamualaikum. He. He. Tetiba rasa pelik pulok sebab dah lama tak mengemas kini a.k.a update blog aku ni yang tungggu maso ja eden nak buong. Bukannya apa, cek ni penyegan, malaih nak taip bagai. Tak macam kawan aku ni ha, Mina n Fat, terlampau rajin. Huh, ke-jealous-an menutupi seluruh tubuhku, haaa. haha

Ohye, sebenaqnya kami nak buat announcement ni. Penting wuu pengumuman ni. Hihihihihihihi *coollaugh* 
Akuuu...nakkk...naakkak...mintakkkkk...mmmmaaafffffffffffffffffffffffff kat Aireen. Serius ni, dah lama aku nak minta maaf kt kau tp selalu takde kesempatan atas kau. Kesempatan aku sempit. Tak, macam ni ceritanya.

Pada suatu hari yang cerah tetapi mendung, agar samar2 cahaya matahari tapi cahaya itu menusuk bebola mata birukeputihanku, ahhh, silau. Aku (seludup masuk) dan rakanku (pergi secara sah) ke skolah lama ku, TIGS yang tercintarrr, haaaa. Then, macam besa ah, aku jenih orang kalut hang tau dak, tak boleh dok diam, ada ja yang aku pikiq. Nak buat lagu mana, dah aku seludup masuk, pa lagi, terkencing aku time masuk gate skolah *itu tipu jeheh* Pastu, lepas dah tukaq baju *langkah cite* , aku terus pi dewan terbuka tetibe ade suara budak panggil

Unknown kid: IZYAN !!
Aku: Muka cuak+tembok (cover kantoi cikgu) Ehhhhh, Aireen, hai!!!

Tu je, pastu aku terus belah. Kejam kan? Padahal dia lah bestfriend aku :( Sorry aireen, sorry sesangat sebab tak tegor kau. Sorry gile wey. Aku harap sangat aku sempat minta maaf kat kau sebelum terlambat. I'm really sorry, in deep of my heart. 



Sooooooo, aireeeeennnnnn sayanggg. hamboi, silap haribulan kne tampor dgn dia, main sedap panggil sayang. okay, ni serius ni, aku nak mintak maaf. Aku harap kau tak kecik hati dengan tingkah laku aku mase tu. Sorry buat kau nangis. Aku ingat nak hantar surat kt kau time  hari terakhir aku kat rumah sab, tapi kakak aku pi datang awal pulak amik aku. Buat pala jaaaaaa. Aku harap kau jumpa kawan yg lebih baik dari aku, aku jahat kan? sepanjang hari aku fikir tentang bnda tu. Aku rasa bersalah. Sekarang, rasa lega lepas dah cakap benda ni kt blog. So, don't take take by heart okay. take take you go young, serius lawak perkataan ni. Okay, sorry aku loklak. haha.

P/s : sorry kt syiena jugak sbb ingat kau jueen. hehe. u just look cute like jueen, thats why lahhh. harhar

Actually, pictures are good at giving expression. nahhh, gambar ni faham perasaaan aku nohhh. Hihi








Assalamualaikum. Cerita tergantung. Haha


Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 0 comments

BTOB

Hari: Rabu
Masa: 2.11 pagi
Tempat: Ruang tamu

hahahaahahahahahahahahahahahaha * fuh, penat*
Assalamualaikum *serius muka, kening kening*
BTOB, born to beat. Yeah, new boyband dlm Cube Ent. Wish them success :D

Okay, kami baru saja habis pereksa minggu lepas. Hampa tau dak soalan KH menempah maut bagi aku. Huh, tolonglah dapat A. Bukan ape, just takut klau tk dpt A, dpt bende lain. Tu yang taknak tu. Takmau takmau. Doakan eh? Terima kasih daun keladi.

Ehh, macam pelik je. Pada tanggal 26 Februari hingga 1 Mac a.k.a dua minggu yang lepas, saya bersama 11 orang teman sesekolah  telah bermalam di SBP Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam. Haa, rindu memori tuh. Seriuosly, aku tak tahu pulak yang duduk asrama ni BESTT!!!!...kot. Bagi aku bestlah. Okay, ni jadual harian aku kat sana, LOL :

Ahad, 26 Februari 2012 (FYI, utara start skolah hari Ahad hek)
6.45 pagi di SMK Paya Kemunting, rilek kt kelas dulu hekhok. Then, time nak gerak ke sbpi, aku terkesima dengan 4 orang budak laki yg join sekali sebab beg dyeorang simple and tak banyak pun. Satu beg dah cukup. Kiteorang budak perempuan seramai 8 orang bawak beg macam nak sekolah sebulan kat sana padahal seminggu je. Haha. So, aku pun bergeraklah kesana.

Lebih kurang 8.15 pagi sampai kat sana. Okay, dataran dyeorang besar sangat dan sekolah dyeorang merupakan skolah yang paling hujung sebab penghujung sekolah ini adalah hutan. Memang terbaik ah. Then, letak barang, taklimat sikit dan TERUS BELAJAR MASUK KELAS. Kaki ketaq kot nak masuk kelas jumpe budak baru. Tahun ni dah masuk dua kali aku jumpe budak baru. Itulah hobi aku (takde kene mengena). Dan rupe rupenye kteorang kne berpecah. Nasib baik kelas kt situ ada 3 je iaitu Ihsan, Ikhlas dan Ikram. Jadi, takdelah terpisah sangat. So, aku dimasukkan ke kelas 3 Ihsan. Okay, kelas tu memang cantik. Serious aku cakap, kelas dyeorang ada loker untuk letak buku kt belakang, then pelajar dlm kelas tu sikit je, seramai 20 lebih kot. Kt kelas aku budaknye sampai 37 pelajar kot, gile kentang ramai. So, belajar lah macam biasa. Apa yang membuatkan aku suka dengan dyeorang ialah dyeorang sangat mementingkan adap pergaulan antara lelaki dan perempaun. Means that pergaulan dyeorang ada batas dan dijaga. Yeah, this is what i want!! Dan tudung mereka pun labuh dan menutup aurat. Time aku kat sana, rasa serba salah dan malu menyelimutkan diri aku kerana aku punyer tudung tak labuh macam dyeorang dan agak pendek sikit lah bahagian belakang. So, rasa tak selesa. I hope i can be like them :(

Pastu, pukul 1.20ptg habis pembelajaran satu. then terus head ke surau solat jemaah zuhur. Ni nak habaq ni. Dekat sini mesti solat berjemaah tak kiralah walau tertinggal satu rakaat pun still kene BERJEMAAH, so maksudnye kena buat masbuk lah. Aku dah macam wahhh, bagus gile dyeorang solat berjemaah. Perghh setiap hari, 5 kali dapat 27 kali ganda pahala. Ya Allah, indahnye nikmat tu. Tapi, ni nk ckp ni. Masa hari pertame time first first nak start solat tu, aku macam terdengar senior yg jd imam tu "Allahhu akbar" menandakan start solat tp mcm perlahan. Dan, aku tengok mcm budak lain blum start solat, so mybe salah dengar. Then, barulah dengar takbir dengan jelas. Lepas dye takbir, tetibe, aku tengok dye terus ruku'. Aku dah macam -.- hape ni. Lah, rupe rupenye betullah tadi dye takbir. Adush. Then, 1.45ptg pergi Dewan Makan (DM) then terus masuk KELAS BALIK BELAJAR SAMPAI 4.30 PETANG. Okay, *tarik nafas panjang* lame dohhh. Tapi, kelas aku memang the best ah. Aku suke dengan dyeorang. Hehe, peramah dan baik dan lawak gile. Ohye, dyeorang pun pandai doh. Time dyeorang explain pasal pelajaran, perghh, mcm pelajar universiti. Jealous lah, macam mane korang buat ek?  D:  Then, 4.30 terus pegi DM dan balik asrama, tukar baju sukan, solat asar berjemaah then riadah. Okay, time riadah tak buat pape pun sebab kteorang takde permainan yang nak dpt main, so jalan2 dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Mia, Izzati and others. Dyeorang memang baik sesangat dan peramah. Weyh, rindu korang lahh T_T Pastu, 6.10 masuk asrama untuk mandi, gosok baju semua dan unpack brg. Then, 7.00 mlm terus pegi DM makan. Lepas makan malam, solat maghrib then terus sambung Solat Isyak sampai 9.00 mlm. Time solat maghrib dan isyak, ade senior kot yang azan lah. Seriously aku cakap, aku suke dengan suara budak yang azan tu. Suara okay, bukan orangnye. Puhahaha. Punyelah sedap gile time budak laki azan. Hati aku rasa tenang ah. Ehehe. Lembut hati dengar. Ni suami yang bagus ni. haha, tak memasal. Gurau je. Memang best ah time kat surau tu. Time tu, aku agak sedih sebab aku kesal dgn perbuatan bodoh aku yg kekadang tinggal solat dan tak selalu solat berjemaah, sejujurnye. Alhamdulillah, ati aku terbuka di saat itu :)  Then, lepas solat terus pergi kat kelas untuk PREP. Korang tau prep? Alah, prep lah. Prep tu macam...entah. Aku pun tak tahu. Tapi,time ni biasenye dyeorang akan siapkan homework, study or whatever. Bagi aku, prep paling best ah. haha, first time kot aku ada / study kat kelas time waktu malam. haha, best. Rupenye baru aku faham kenape ade loker kt belakang kelas sebab dyeorang simpan buku kat situ. Lagipun, time kat asrama, mustahil untuk baca buku or study sebab balik asrama pukul 11 mlm then kne light off pukul 11.30mlm. Maka, dyeorang kebanyakan habiskan masa paling banyak di kelas.

Hari seterusnya
Alhamdulillah, hari isnin berjalan dengan lancar. Bangun pukul 5 pagi, siap diri then solat subuh berjemaah then sarapan kt DM. Then pergi kelas, letak beg, 7.10 pagi perhimpunan setiap hari. Time perhimpunan, apa yang mengejutkan aku ialah dyeorang uruskan benda tu semuanye sediri. Memang woww. Dan time perhimpunan pun tak bising sangat. Then, masuk kelas belajar dan ulang benda yang sama. Btw, kt skolah dyeorang ni ada Kelas Bahasa Antarabangsa. So, ade 3 pilihan bahase, Cina, Jepun dan Perancis. Aku pun ape lagi, hamik jepun lah. Setelah sekian lama aku tak belajar jepun, akhirnye belajar lah sikit sikit dapat vocab baru. Time blajar jepun teringat kembali memori aku bersama budak tigs tahun lepas. Huwaa, nak pi sana balik. Okay, tutup drama. Haha. Then, petang tu kiteorang tak payah riadah sebab hujan! YEAHH. so, waktu itulah dari pukul 5.30ptg hingga 7 mlm akan digunakan untuk tidur, mandi, basuh baju dan gosok baju. Ada jugak yang main mandi air hujan. haha. then, mlm tu aku pegi DM. Time lepas makan tu, aku pi basuh tangan. Tetibe ada kakak senior tu mcm pandang aku then senyum2. (kakak tu usha aku lah, haha) Then, kakak senior tu panggil nama aku, Izyan. Aku pun pandang arah dyeorang, then dyeorang sume terkejut. Dyoerang tanya, nama Izyan ke? then aku jawab, ye, kenapa? . Dyeorang cakap ada kakak form 4 tu, nama dye Izyan jugak, dan MUKE DYE SIBIJIK SAME MACAM AKU. Aku macam -.- biar betik. Rupenye, ade sikit lah. Kak senior Izyan tu pun pakai spec mcm aku, tu yg sama tu. haha.

Then, malam tu aku rasa mcm tak sedap badan. Macam nak demam. Then, esok pagi, hari selasa, aku demam. Nasib baik Allah bagi kekuatan bagi aku untuk bertahan. kemudian, kt kelas time BM, cikgu tanye soalan pasal betulkan perkataan then suruh pelajar baru jawab. Then, budak kelas aku lagi2 lelaki galak sangat suruh aku jawab, tak habis2 sebut izyan izyan izyan -.-  Kalau perlahan takpe jugak, ni kuat kuat. Nohhh, malu kot. Setiap kali tnye pelajar baru, nama aku yang kne. Dahlah time tu aku demam, langsung tak dapat berfikir, so Sarah pun cakap yang aku demam kat cikgu time aku nk jawab.Nasib baik. Habislah, satu kelas tahu aku demam. Malu kot. haha. Siap ade bagi kacang lagi kat aku, katanye suruh hilang demam, so aku makan lah satu. Then, tetibe dye tanye, baca bismillah tak? Okay, serius tersentap gile. Sampai hati dye, malu aku =.=  Aku akan ingat sampai bile bile. HAHAHAHAHAHAHAH *laughing loudly* fuh,penat.

Dipendekkan cerita.Then, waktu malam prep terakhir tu(malam khamis sbb khamis dah kne balik), tetibe ade sorang kawan aku yang comel , namanye Badariah. Wlaupun baru jumpe, tapi kteorang agak rapat coz dye peramah. Boleh dikatakan aku suke dan bertegur dengan semua budak sbpi ni sebab dyeorang sume muslimah, pelawak dan peramah gile. Baik hati pulak tu. Haa, lembut hati eden. Ah, then badariah dtg tmpat aku dan dye suruh aku tulis no. fon dan fb. then dye cakap nanti jangan lupekan dye dan ayat yang memang menusuk kalbu ah aku cakap. Maka, tertumpahlah air mata yang bertakung selama 2 saat selepas dye cakap benda tu. Aku tak boleh tahan nangis. Sememangnye aku jenis tak tahan nangis dan suke nangis. Nak buat macam mane. Sebak hati meninggalkan mereka. Aku dah anggap dyeorang sume macam kawan aku yang paling rapat walaupun baru 4 hari bersama dyeorang. tak pernah aku rasa selesa secepat ini ketika berada di skolah tu. Pastu, kecoh satu kelas, malu dohh. Semmua tengok. ehhhhh, malu lah, orang tengah nangis jgn tengok. haha. Then, malamnye kiteorang macam arits *echeh* sebab ramai gile mintak bwat biodata, no. fon dan fb. Tapi, tak ramai ramai pun add aku. Haha, takdelah, gurau. So, esoknye hari teakhir tiba jugak. Tapi, tetibe demam aku dtang balik. Ah,shit. Why! Then, waktu balik tu memang keberatan gile lah nak balik. Time habis belajar, tetibe budak nyanyi lagu pasal berpisah pulakk. Tapi, aku berjaya menahannye !! yeah, tapi beberapa minit je. Pastu, terus terjun balik airmata tu dari mata aku. Aku peluk dyeorang, ckp jgn lupe aku. Fuhhh, then bile balik rumah, hati rasa kosonggggg gile. Kosong gile. Balik rumah, 2 hari nangis. Time skolah hari sabtu tu pun nangis kat kelas time kawan aku yg join pergi skali jumpe aku then tanye, " Izyan, hampa rindu depa tak?" Dan, sampai malam ni pun, aku tak lupe pada dyeorng. So, kpd sesiape yang budak SBP Integrasi Kubang Pasu yang baca blog dan entry aku ni, jangan malu comment yowww. Haha, macam ade yang baca =.=

So, ape yang aku dapat kat sana?
1. Ilmu yang sangat bernilai yang tiada harganya. Cikgu yang gempak dan time ajar memang faham gile berkat doa yang bersungguh-sungguh seluruh pelajar dlm kelas.
2. Pelajar yang sporting gile, peramah sesangat, excellent dlm study dan pandai berdikari. Btw, dyeorang mesti buat perbentangan setelah mereka selesai satu topic. Take note! Its really good for those that hard to remember in studies.
3. Adap pergaulan antara lelaki dan perempuan yang sungguh memukau mata aku iaitu sangat terjaga. Dan, seriuosly aku cakap, bukan nak gatal lah tapi lelaki yang pakai songkok sangat kacak dan cool. So, budak kat sana cool. Tahniah xD haha. Dan pakaian sekolah mereka yang sangat menutup aurat, time prep pun mesti pakai stokin, it's good :)
4.Aku telah diberi petunjuk oleh Allah. Sekolah ini terlalu indah. Semuanye berkaitan dengan Islam. Alhamdulillah, seminggu di sini, aku dapat betulkan semula dan dapat kukuhkan iman semula. InsyaAllah, akan aku praktikkan di sekolah. Amin, terima kasih atas semuanye.
5. Pengalaman terindah walaupun hanya seketika. Hehe.

THANKS TO THOSE AND SOME WORDS TO:

Farhana/ faan: Syukran atas surat tu. Izyan hargai pemberian tu. Ayat dlm tu sangat bermakna, insyaAllah, kami takkan lupekan faan sampai bile bile. Faan dan Izyan :)

Badariah, terima kasih atas nota pendek hampa. Walaupun kecik dan pendek, tapi ayatnye menusuk kalbu dan bermakna. Kami rindu hampa. InsyaAllah, ada peluang jumpe lagi.

Syidae: budak yang paling pro dalam korean. Haha, tak sangka kami mempunyai interest yang sama iaitu minat korea. ape ape perkembangan tentang snsd, habaq kat kami tau melalui FB. Online always, lets chatting  and take care. Jangan lupakan kami, dan begitu juga kami. InsyaAllah, meet soon.

Izzati: PRS yang comel :> Budak yang paling pro dalam semua subjek. Kami terkejut dan sangat impress dengan hampa pnyer karangan. Nanti ajarlah kami buat karangan yang boleh buat orang ternganga mulut sampai masuk lalat eh? haha, lawak ja. Okay, kami rindu hampa :(

Dan kepada orang yang bagi surat time malam prep terakhir tu, terima kasih. Izyan menghargainye. Tapi, tak boleh blah korang bagi number phone dgn fb, haha :) Hope u all not offence kay. Rasa memang nak simpan sebab tarikh lompat kan tapi takpe kot. Haha. Ada rezeki dapat bersemuka lagi? xD I accept that forgiveness with happily yeayyyyy.

*ohye, ade sorang budak laki tu. Aku tak tahu name dye ape tapi aku pernah terdengar dye berzanji or tengah selawat kot, rasanyelah. Sememangnye, suara dye sangat merdu dan sedap *echeh* tak silap aku dye duduk kat tempat tengah, baris ke-2. Haha, memang sedap, aku terkejut dengar suara dye :) Keep it up, that person. Yeah, it's you :>

dan kepada sesiapa yang saye tak sebut namanye dan bagi ucapan *echeh bajet aku*, janganlah bersedih. Walaupun nama hampa takde kat sini, tapi tetap sentiasa di hati kami, tanpa mengira jantina, bangsa dan sebagainye. Terlalu banyak yang tersimpan sebagai memori terindah walaupun benda tu agak memalukan tapi smuanye amat menggembirakan. Ah, yang tengah baca ni pun kami ingat kat hampa jugak. Hehe.

Yeah, tengah malam buat benda ni. Ayah aku kat sebelah, tidur kat sofa tetibe. Thanks temankan aku sorang2 kat awal. This's dedicated to 3 Ihsan and actually to all form 3 in SBP Integrasi Kubang Pasu

SO, ALL OF YOU, GOOD LUCK IN PMR. AKU YAKIN, KORANG BOLEH DAN PASTI DAPAT 9 "A" DALAM PMR. DAN AKU YAKIN, INSYALLAH DAPAT 8 A PMR DAN APPLY SEKOLAH KORANG BOLEH? OKAY! :>

みんな、ありがとうございます ❢
さようなら、またあいましょう :D

ASSALAMUALAIKUM.
Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 9 comments

S B P I の ていきょう

Assalamualaikum wahai ummah sekalian. Konbanwa minna !
Ehh, sekolah lama saya dah start peksa dah. Sekolah saya yang latest bulan 3 baru start. Ketaq kaki cheq noh.Yang paling ketaq adalah paper KH. Paper KH kalau dapat B, dapat hadiah sepesial dari tangan cikgu aku. HAHA ._. takpelah, yang penting kene usaha la sikit kan ann ann ann !

Ahh, ni nak citer ni. Hehe. Luahan hati ni. Ceh ceh. Apakah? Izyan dah dimiliki seseorang?  Izyan sudah berjumpa dengan si DIA kah? Nantikan episod yang seterusnya 10 tahun akan datang. haha. gurau jelah. Takde kene mengena pun dengan sesiapa. LOL. Rilek rilek.

Ni, nak cakap ni. Hari Isnin yang lepas, pada tanggal 13 februari, aku telah didatangi oleh seorang pelajar. Ceh ceh. Suspenni. Muka serious. Time tengah belajar sains, tetibe 2 orang girls masuk kelas then panggil aku ke bilik kauseling. Aku dah macam...muka nak berak. Haha. Seriously, blur gile. Dalam otak sedang berlegar-legar perkataan APA SALAH AKU. Bilik kaunseling kot. Kebanyakan bilik tu untuk pelajar bermasalah. Aku ni hanyalah manusia biasa, apa dayaku untuk melawan. haha. Tapi, kadang2 aku pergi bilik tu sebab perjumpaan untuk pelajar baru. TAPI, masalahnye, asal aku seorang sahaja yang dipanggil? Kenapa budak lelaki kelas aku iaitu Farihin yang baru masuk tahun ni seperti aku tidak dipanggil bersama? HUH, aku dah macam..haremm. So, ape lagi, mintaklah kad pas keluar then dengan berat hati meninggalkan pelajaran sains yang semakin hari semakin susah.

So, aku pun dengan coolnye turun tangga *cehceh* then terus head ke bilik kauseling. Then, kat situ ada dalam kalangan budak form 3 pengawas. So, aku macam expect, aku jadi pengawas ke? haha, perghrasan melebih. Later, ade budak tu pelawa kiteorg masuk ke bilik kaunseling. Aku tanye sorang pengawas form 3 ni asal kene panggil kan. Pengawas tu pun tak tahu.

Okay, lepastu tetibe cikgu masuk. Cikgu pun cakaplah:

Cikgu: Okay, Assalamualaikum. (kemudian dye sebut semua nama yang dipanggil termasuk aku)Bailah, kamu semua ni dijemput ke sini kerana kamu semua perlu pergi ke SBPI Bukit Kayu Hitam.
Dlm hati berbicara: SBPI? Bapek ah. Buat hape nak pegi sana.
Cikgu: Hampa semua perlu menjadi pelajar SBPI di sana selama seminggu. Kamu semua akan tidur di ASRAMA di sana selama seminggu dan perlu mengikuti semua peraturan yang telah ditetapkan oleh mereka. Malah, hampa semua juga perlu mengikuti cara mereka belajar di sana. *kemudian blablabla tak ingat ape dye habaq*
Dlm hati berbicara: ASRAMA? GULP ._. Aku tak berani. Dah lah budak yang ikut dengan aku ni semua budak pandai2. Aku sekoq je yang terkandas kat sini. Hampeh

Seriously, time cikgu tengah cakap, aku memang mengelamun memikirkan asrama dan kawan kawan sebab takde sekor pun budak yang aku kenal. Budak yang pergi 12 orang. 4 lelaki 8 perempuan. Kebanyakan mereka, sekor pun aku tak kenal dan ape yang aku tahu, dyeorang damn pandai gilee kott. Ngehh.Dan, seperti yang korang sedia maklum, budak SBPI ni dah lah damn pandai gile. Macam mana aku nak belajar dengan dyeorang dalam masa seminggu. Dah lah aku ni masih baru dengan environment Kedah. Stress gile. Cikgu ada jugak cakap, sesiapa yang tak berminat, sila angkat tangan, cikgu tak marah. Hati aku memberikan isyarat untuk angkat tangan tapi otak aku tidak membalas reaksi daripada hati aku. Sememangnye, aku ternganga. Aku ada jugak cakap kat sepupu aku, Saibah pasal ni then tanye pendapat dye whether aku patut pergi atau tak. Dye cakap kalau boleh jangan lepaskan peluang. Pendapat korang? AKU PERLUKAN PENDAPAT KORANG. SILA BERI RESPONSE DI FB ATAU BLOG ANDA SEBAB BLOG SAYA TELAH DI DISABLEKAN UNTUK DIKOMEN. MAAF. AKU BUNTU :'( RESPONSE?

Kiri adalah saya dan kanan adalah sepupu saya, Saibah. Ramai budak kt sekolah aku cakap yang kiteorang macam adik beradik. Ye ke? Hmmm.
Takpe, yang penting kite go on with our lifes.
Assalamualaikum, wahai anak watan peneraju negara sekalian.
Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 2 comments

Kentut Berapi

Nahaha. Assalamualikum :)
Ni, kami nak habaq ni. Mina memang kan. Suka nyakat orang tau dak. Tau dak depa buat pa kat kami? Depa punyer URL Blogtak boleh bukak tau. Rasa macam nak tumbuk je kuku jari cek ni. Nasib baek kawan kami, Fat tulis kt blog mereka pasai mina. fuh. Bukan apa saja saja cariq pasai, tapi depa yang cariq pasai dulu. Okay, saya dah mencarut. Sorry to all my new friends, i'm still new in Kedah's environment. Sorry lah kalau tercakap bahasa Johor kat Kedah tapi nak buat mcm mana kan. Masa tu time assembly ade budak saiko aku tau. Sedih hati merintih mendengar saikokan dye T.T Majuk ah cenggini. LOL. Gurau gurau. Kami buat lawaq ja. Tp, pasai saiko tu betul brutle. Nasib baik gua tak bersuara. Kalau tak, pecah gigi muh. Mahh, muke budak yg saiko aku pun aku tak ingat :P Let bygone be bygone kay. 



Bahasa yang digunakan:
Kami ( kedah ) : saya (johor) 
Depa: mereka
Cek: saya 



Fulamak, panjang melebar pulak pendahuluan. maaf.. So, hari ni kami nak tunaikan permintaan kawan kami from Batu Pahat, Johor. Nyehehe. Wahh, mekar bunga di hati pabila dia menaipkan nama saya. Ohh, gumbiranya. Jadi, ni dia, jeng jeng jeng. Kebabom *sound effect sesat*


______________________________________________________________________________________________
1) Sila berikan nama penuh anda.
  - Nama penuh saya Izyan Binti Sapuan. Ini betul betul original punya nama.

2) Orang yang banyak memberi anda inspirasi?
   - Pelajar-pelajar di kelas 2Bumi 2011 TIGS kerana mereka semua telah mengajar saya erti persahabatan, kerjasama yang paling bermakna.

3) Kalau anda diberi pilihan untuk berganding dengan artis, siapa yang anda pilih?
  - Ganding? Gading gajah? ehh, salah, tu gading, bukan ganding. Nyahaha. Hmm, Lee Junho. Kiki :>

4) Kokocrunch dengan susu, mana satu yang anda suka?
  - Both. Tapi, paling suka susu. Tapi, kokocrunch pun paling suka jugak ._. 

5) Dua pendapat tentang sekolah menengah anda?
  - Tempat belajar dan pereksa PMR, SPM
  - Dapat jumpa kawan tiap tiap hari :D

6) 5 Perkara manis yang tak boleh dilupakan?
  - Dapat masuk tigs. Susah kot nak masuk sekolah sana bagi pelajar yang agak lem lem lem bb macam aku lah
  - Dapat mengetahui erti persahabatan yang sebenar pada sepangjang tanggal 2011
  - Hang out dengan kawan kawan ><
  - Dapat chat dengan budak jepun. Gulp ._.
  - Dapat pangkat penolong ketua pengawas 3. Gahaha, ni memang wa terkelu tak terkata tapi akhirnya tak jadi punw.
  - Dapat menangis dengan kawan-kawan. Hmmm, boleh dikira manis tak ekh? ( ' 3 ' )
  
7) 5 Perkara pahit yang tak boleh dilupakan?
 
 - Jatuh basikal kat bukit pada tahun ni. Syukur kerana Allah panjangkan umur ku T.T Kalau tak tekan brek, mungkin terjatuh dalam hutan semak samun.
  - Kawan saya dinimpa musibah dan dugaan yang berat. Hanya Allah yang tahu. Ya Allah, semoga kawan saya itu Engkau lindungi dari sebarang musibah. Amin. 
  - Kene belajar sorang sorang dengan budak lelaki dlm bilik kh T.T First time ketaq lutut kot. Depa kalut sangat.
  - Kene berpisah dengan rakan rakan disaat pertengahan tahun menengah rendah. Shit. Jauh pulak tu. 
  - Ditinggalkan oleh semua kakak aku. Aku dah takde kawan nak berbual, main tumbok tumbok dah :<

8) Bayangkan jika anda berada di dalam situasi ini. Guru anda sudah masuk ke dalam kelas untuk memulakan sesi pembelajaran. Dia menyuruh anda mengeluarkan buku teks. Tetapi anda tidak membawa buku teks. Lalu guru itu pun bertanya siapa yang tidak membawa buku teks. Perasaan dan reaksi anda? 
  - Dalam hati, rasa macam nak masuk / sembunyi dalam beg cikgu tu je. Muka dah tunjukkan riak macam orang nak tahan berak. Muka dah macam forever alone, macam ni:
Teruk bebenor. Haha.

  - Bangun then cepat cepat mintak maaf. Kalau boleh, bagi alasan yang bernas macam " cikgu, salah jaduallah". Mwahaha, pandai pandai cover lah :p
Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 0 comments

さようなら m y f r i e n d s

Assalamualaikum.
Ohh, hello. Tak disangka tangan aku rajin hari ni :D
Pehh, banyak gile sarang burung dengan najis cicak kat blog aku. Ni maksudnye dah lama aku tak visit blog sendiri. yahaha.

Okay lah, hari ni mybe aku nk bagi tau pasal kawan aku. Tapi, gerenti ade yg malas nak baca kan kan kan. So what? Ni ikhlas ni nak buat ni. Tak nampak ke muka ikhhlass ni >< ohh, maaf. Gara gara buat muka ikhlas ni lah sampai terkentut. Okay fullstop. Terbebel tadi.

Syahmina
Mina ialah yang sedang pegang cawan kertas. Cool kan dia?  nyan!


Kalau nak tahu, kat sekolah ni dia dah macam kakak kandung aku sebab nama ayah dia sama gile dengan nama ayah aku. Serius aku cakap. Nama ayah dye ialah------. Sebiji mcm nama ayah aku, -------. *dicensored*  ngahaha. fikir lah sendiri. Nak tahu namanya apa, tanya dye sendiri. Dia ni memang budak pandai ah, tak payah cakap, dari muka dah tahu. Dan dia ni memang suka gile berlagak mcm cool. Tapi, kekadang cool dye tak menjadi, tu yang menjadi perkara yang lawak tu XD Sofar, bagi aku, dyelah pengawas paling emotional walaupun dye ckp dye orang hijau ( orang yg selalu dgn logik). Aku cakap mcm ni sebab buat pertama kalinya dia menangis sampai doakan pelajar yang buat salah tu tak kene tindakan oleh guru. Tersentap kot aku time tu. Pehhh. Apepun, sekarang ni dye dah jadi penolong ketua pengawas tu. Jelous siot. Menyesal aku pindah. Huh. Tapi, aku gembira dye menggantikan tempat aku. At least, ade jugak nama ayah aku dekat carta pengawas. Haha. Apepun, Goodluck kay mina. Damn miss u so much, sis.


Sab
Thumbs up, Sab. Hehe, Sab comel ><


Ngehh. Ni kalau budak ni baca gerenti tersengih-sengih. Yahaha. Perasannye aku ( . _ . ) Dia nilah budak yang aku anggap the first bestfriend dlm sekolah menengah. Sebab-musababnye ialah sebab aku kenal dye dululah. Kat situ pun dah tulis first -.- Dye ni memang serious aku cakap, budak paling sempoi je. Haha. Lawak pun lawak jugak, pastu terpandai pulak. Huh, kenapalah semua kawan aku sume pandai pandai. Ayam betullah!!. Yang aku tak puas pasal dye ni, walaupun dye layan k-pop, tapi dye still boleh ikut pelajaran. Kekadang kalu dye terrrtidur kt kelas, dye still boleh ikut pelajaran. Even kalau dye tak datang, still tak ketinggalan pelajaran. Dah lama aku nak tanya dye pasal benda ni--> Hape rahsia kau sab? Kikiki, goodluck dalam pmr nanti. Aku tahu kau boleh yeah :> Rindu kau jugak.

Bihah 
Byhah yang pakai spec putih. Kihi !
                                     
Heheh. Nama sebenar dye Nabihah. Tapi, panggil Byhah. Comel kan nama dye? Muke dye pun comel. HUH. Budak ni yang aku paling jelous. Dahlah fit, putih, comel dan dan dan tangan dye serious lembut mcm kulit katak. HAHA. Nipis gile kulit dye. Dan yang paling penting, dye terer dlm English. Tak payah mention ah, dari muka aku dah tahu gerenti budak ni pandai ckp english. The best speaker in Debate 2011 dekat TIGS pulak tu. Pehh, saingan yang kuat *perasan jap dye ni saingan aku, padahal dye dah jauh cemerlang dari aku*  Pastu, aku selalu main tumbok tumbuk peha kaki dengan dye time kat makmal sains. Teringat memori tu. Okay bihah, jangan nangis. HAHA. Kite selalu share maklumat tentang kpop dengan dye sampai bergaduh. Haha, Gaduh pun sebab maklumat yang berbeza, KADANG KADANG KOT..kot. Tapi, akhirnye, maklumat aku yang salah. Buat malu je, ishh izyan ni. Tepek kang muke. haha. Anyway, all the best in 2012. Wish you goodluck in PMR. Don't scared of PMR. Hope you pass in PMR with flying colours. Meet you in the future, Insyaalahh. Soon.
Baru aku sedar Minho hang comel noh.  Tudia. Muka dya nak sama macam kau lah, Bhah  ( . _ . )

Aireen
Saya dan Aireen budak comel tanpa kaca mata
Heeeeeeeee. Aireenn. Aiii aiirenn. Weyy, rindu ah dengan kau punyer pukulan. Haha. Takdelah, teringin aku nak tengok muka kau lagi. Gerenti bertambah cute. Ngehh, jelous. Dia ni kawan pengawas plus kawan baik yang aku pernah jumpe. Dyelah yang selalu teman aku time aku sedih atau menangis, dyelah yang selalu mengucapkan astaghfirullahalazim untuk aku pabila aku terbuat kesalahan, dyelah yang selalu berjenaka dengan aku, dye lah yang selalu menasihati aku, dyelah adik aku *kot sebab dye comel sangat mcm aku, haha, maaf perasan jap* , dyelah yang selalu temankan aku pergi ke mana-mana termasuk time nak hantar buku laporan pngawas kt bilik pengawas, dyelah orang terakhir yang aku menangis bersama, time hari terakhir aku di sekolah dan dialah kawan aku dunia dan akhirat kelak, insyallah, moga kekal selamanya, Ya Allah, semoga hamba mu ini dapat berjumpa lagi dengan insan yang sangat baik ini yg bernama Aireen. Seriously, rindu gile. Tengok aireen, gara gara hang lah aku riyau tau dak *cari maksud riyau/ ghirau sendiri, tu loghat kedah, yahaha*. Jap, aku nak lap hingus jap, termasuk dalam mulut dengan mata pulak..Ishh, semoga kau berjaya dalam hidup kau aireen. Assalamualaikum :)

Aireen, jom pergi skolah SAKTI atau Sekolah Vokasional time form 4. Keke.

Najwa
Najwa di sebelah kanan. Kiri ialah Eka  ^ ^
Najwa, budak yang paling tak kisah, sempoi dan cool giler habis. Memang sempoi ah. Mak dye pun peramah. Lepastu, dah lah dye expert dalam Math dengan Science thus Seni. Perghh, tu yang tak boleh blah tu. Then. dye selalu ajar aku dalam math. Hehe, I miss that time. Take care time naik bas dengan mina. Jangan terlalu percaya orang luar tau. Jaga diri baik baik. Itu sahaja yang aku mampu katakan. Dan sekali laig, terima kasih atas segala pertolongan kau dari segi fizikal, emosional dan mental. I appreciate it. 

Mama
Posing cantik ! !
Bahaha. Mama aku yang ketiga selain dari mama yang sebenar dan cikgu. Sebab musabab mengapa dye dipanggil sebegitu adalah kerana dye selalu membebel macam mak ketika di kelas. Suara pun dah boleh tahan nak sama tuww. Haha, tapi nasib baik bebelan dye sangat berfaedah. Aku suke! Ahh, nama sebenar mama ialah Norfaz Nadzirah. Kereatif kan nama dye?!! Huh, nama aku izyan pun kreatif jugak *perasan jap* ehh, susah tau ada orang nama sama macam kite :p hak hak, melawak je lah. Lekluu. Jadi, pesanan saya di sini adalah semoga anda berjaya and good luck !! All the best !!

Fat

Pehh, budak ni. Aku tumbuk jugak pipi dye, comel sangat x_x
Ohh, hi fat. Bukan lemak eh tapi Fat ! It's Fat, okay! Fatihin nama diberi, ohh sungguh comel dan gebu pipi. Fatt, rindus sama lu. Wa dah lama tak bersua dengan lu. Wa rindu..opss. salah. Yan rindu nak shopping dengan Fat. Rindu nak mengarut dengan Fat, cari pasal dengan Fat, kongsi lawak dengan Fat, kongsi citer ghost dengan fat dan semuanya. Fat, kenapa masa aku dengan kau ketika di kelas begitu sekejap? Aku nak berbual lagi dengan kau. Fat, dengar ni. Bukak telinga luas luas sampai terkoyak. Jaga diri baik-baik. Aku merayu, tolong jaga diri baik baik. Itu sahaja aku nak cakap. Anyway, selamat berjaya di dalam PMR. Aku harap kite bersama-sama mencapai kejayaan, AMIN. 

Kepada sesiapa yang saya tak nyatakan namanya di sini, jangan lah menangis kat tepi lubang jamban pulak lepas ni *okay, maaf gurau* Walaupun nama korang takde di sini, korang tetap di hati saya :)

Pelajar yang mendapat 8A's dalam PMR 2012 TIGS
1.   Syahmina Sapuan
2.   Yap Jia Ling
3.   Bernadette Loi Kwang Yee
4.   Aishah Amirah
5.   Nur Shuhadah
6.   Nur Zahirah
7.   Sharifah Nur Nazirah
8.   Nur Hawa Nabilah
9.   Nadhirah Farzana
10. Allyshea Ahaalya
11. Nur Faiezah
12. Nur Haziqah
13. Rhaenah Ceyrina
14. Shazlina Mislan
15. Nur Ain Syafika
16. Salwa Samad
17. Hani Faezureen
18. Nur Sabrina
19. Nabihah Ismail
20. Nur Diyanah
21. Nurul Adawiyah
22. Aireen Najihah
23. Ainnur Rashidah
24. Nur Fatihin
25. Iylia Sofea
26. Anis
27. Nurfatin Najwa 
28. Norfaz Nadzirah
29. Nur Hasanah
30. Nur Nabilah Husna
31. Izyan Sapuan

AMIN 

Close your eyes, take a deep breath and you will be alright... 


Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 0 comments

Kucing aku yang suka buang air besar sekolah semula amik PMR

Assalamualaikum.

Dua tiga kucing berlari terkentut-kentut,
Kemudian curi ikan di tepi pasar,
Tangan kucing ku berotot-otot,
Sebab dyeorang nak sekolah semula amik PMR.

Pehh, teruk bebenor pantun aku. Sebenarnya tidak ada kene mengena pun dengan entry aku ni. Puihh.Tajuk tesasar. Saja je nak buat korang muntah tengok tajuk ni.

Sekarang ni kan dah nak start sekolah semula. Korang semua untung ah sebab waktu korang first-first masuk sekolah, at least ada jugak kawan yg korang kenal. Aku? huh, hampeh. Aku kan pendatang asing dari Johor, tetibe sesat tersasar jauh ke Kedah. Pehh, tegar tegar. Ni baru namanya pindah. Haha

Aku rindu sekolah lama dulu. Namanya TIGS. Haha, serius sekolah tu best sangat. Dahlah cemerlang. Jadi, aku cadangkan kepada korang untuk apply lah sekolah tu.

Errr, apa ek saya nak cakap ni. Pening nye adoyai.  Ahh, disini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi gunung Everest tahniah kerana sekolah kamu berjaya mendapat nama sebagai sekolah kluster. hohoho, hensemnye muka aku ni.



                             Yeayyyy. Esok aku...aku..nak cekolah kat sana lah. Yeayy, daddy!

Tapi, masalahnye sekolah aku semuanye perempuan. No boys are allowed. So, maaflah kepada behbi kat gambar ni sebab dye budak lelaki. Boboi kan. Tapi, sekolah perempuan lah yang seronok. Dah, tutup cerita.

Jadi, sekolah aku yang baru ni namanya Paya Kemunting. Besaq juga lah sekolah tu. Tp, masalah yg amat aku takuti ialah aku tak berapa fasih dalam dialek Kedah. Bukan tak fasih cakap, pemahaman pun tak fasih. Yelah, aku bukan asal orang sana, mana biasa dengar cakap Kedah. Mak aku orang Kedah, tapi aku lahir kat Johor. Sudah tentu aku akan ikut bahasa dimana tertumpahnya darah aku. Sepupu aku cakap yang cikgu ajar pun dalam dialek Kedah. Kekadang ada yang dialeknye agak pekat. Pehhh, lagi tak paham. Hamikkau.

Tapi, ape pun bergantung kepada diri sendiri. Lakk. Esok hari raya. ehh, salah. Esok dah masuk tahun baru 2012. Pehh, maka, secara officiall nye aku menjadi orang yang bakal menduduki PMR : P    Best ape amik PMR. Haha. Okay, tu je. Assalamualaikum. Selamat malam, Planet Bumi, marikh, utarid, bintang, ahh, semuanye.




Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 0 comments

Watashi




Huffuhh *tarik nafas*
Assalamualaikum. Haa, lemah semangat time nak buat benda ni. Tapi, bagi meniti arus kemodenan dunia yang semakin maju dan terus maju ni, aku pun buatlah juga akhirnya. Sebenarnya memang dah lama buat, cuma terbengkalai. Takpe, start perlahan perlahan.

Baiklah. Watashi. Kehnapa tajuk entry watashi? Why why ?!!
Lakk ! !, tak yah lah emo sangat bro. Rilek lek. Watashi ni sebenarnya daripada bahasa Jepun yang bermasuk saya. Tuuw jee. Does it bother you? No, right? Huh!
Letsee, i like Japan.This is not an ordinary " LIKE" but rather extraordinary. Maybe i should change the words from LIKE to OBSESSED? haha, sounds creepy.Totally. Kowaii >< But,  yeah, I do love japan! Hounto dayo ! !
Mybe my entry will be full about Japan. Haha.


                                                                                           I'm Malaysian.
                                                                                           But, I'm totally fell in love with Japan
                                                                                           But it doesn't make me less love about Malaysia.
                                                                                   
Dikarang sambil terkentut-kentut oleh EasyYond 0 comments
Powered by Blogger.