Hari: Rabu
Masa: 2.11 pagi
Tempat: Ruang tamu
hahahaahahahahahahahahahahahaha * fuh, penat*
Assalamualaikum *serius muka, kening kening*
BTOB, born to beat. Yeah, new boyband dlm Cube Ent. Wish them success :D
Okay, kami baru saja habis pereksa minggu lepas. Hampa tau dak soalan KH menempah maut bagi aku. Huh, tolonglah dapat A. Bukan ape, just takut klau tk dpt A, dpt bende lain. Tu yang taknak tu. Takmau takmau. Doakan eh? Terima kasih daun keladi.
Ehh, macam pelik je. Pada tanggal 26 Februari hingga 1 Mac a.k.a dua minggu yang lepas, saya bersama 11 orang teman sesekolah telah bermalam di SBP Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam. Haa, rindu memori tuh. Seriuosly, aku tak tahu pulak yang duduk asrama ni BESTT!!!!...kot. Bagi aku bestlah. Okay, ni jadual harian aku kat sana, LOL :
Ahad, 26 Februari 2012 (FYI, utara start skolah hari Ahad hek)
6.45 pagi di SMK Paya Kemunting, rilek kt kelas dulu hekhok. Then, time nak gerak ke sbpi, aku terkesima dengan 4 orang budak laki yg join sekali sebab beg dyeorang simple and tak banyak pun. Satu beg dah cukup. Kiteorang budak perempuan seramai 8 orang bawak beg macam nak sekolah sebulan kat sana padahal seminggu je. Haha. So, aku pun bergeraklah kesana.
Lebih kurang 8.15 pagi sampai kat sana. Okay, dataran dyeorang besar sangat dan sekolah dyeorang merupakan skolah yang paling hujung sebab penghujung sekolah ini adalah hutan. Memang terbaik ah. Then, letak barang, taklimat sikit dan TERUS BELAJAR MASUK KELAS. Kaki ketaq kot nak masuk kelas jumpe budak baru. Tahun ni dah masuk dua kali aku jumpe budak baru. Itulah hobi aku (takde kene mengena). Dan rupe rupenye kteorang kne berpecah. Nasib baik kelas kt situ ada 3 je iaitu Ihsan, Ikhlas dan Ikram. Jadi, takdelah terpisah sangat. So, aku dimasukkan ke kelas 3 Ihsan. Okay, kelas tu memang cantik. Serious aku cakap, kelas dyeorang ada loker untuk letak buku kt belakang, then pelajar dlm kelas tu sikit je, seramai 20 lebih kot. Kt kelas aku budaknye sampai 37 pelajar kot, gile kentang ramai. So, belajar lah macam biasa. Apa yang membuatkan aku suka dengan dyeorang ialah dyeorang sangat mementingkan adap pergaulan antara lelaki dan perempaun. Means that pergaulan dyeorang ada batas dan dijaga. Yeah, this is what i want!! Dan tudung mereka pun labuh dan menutup aurat. Time aku kat sana, rasa serba salah dan malu menyelimutkan diri aku kerana aku punyer tudung tak labuh macam dyeorang dan agak pendek sikit lah bahagian belakang. So, rasa tak selesa. I hope i can be like them :(
Pastu, pukul 1.20ptg habis pembelajaran satu. then terus head ke surau solat jemaah zuhur. Ni nak habaq ni. Dekat sini mesti solat berjemaah tak kiralah walau tertinggal satu rakaat pun still kene BERJEMAAH, so maksudnye kena buat masbuk lah. Aku dah macam wahhh, bagus gile dyeorang solat berjemaah. Perghh setiap hari, 5 kali dapat 27 kali ganda pahala. Ya Allah, indahnye nikmat tu. Tapi, ni nk ckp ni. Masa hari pertame time first first nak start solat tu, aku macam terdengar senior yg jd imam tu "Allahhu akbar" menandakan start solat tp mcm perlahan. Dan, aku tengok mcm budak lain blum start solat, so mybe salah dengar. Then, barulah dengar takbir dengan jelas. Lepas dye takbir, tetibe, aku tengok dye terus ruku'. Aku dah macam -.- hape ni. Lah, rupe rupenye betullah tadi dye takbir. Adush. Then, 1.45ptg pergi Dewan Makan (DM) then terus masuk KELAS BALIK BELAJAR SAMPAI 4.30 PETANG. Okay, *tarik nafas panjang* lame dohhh. Tapi, kelas aku memang the best ah. Aku suke dengan dyeorang. Hehe, peramah dan baik dan lawak gile. Ohye, dyeorang pun pandai doh. Time dyeorang explain pasal pelajaran, perghh, mcm pelajar universiti. Jealous lah, macam mane korang buat ek? D: Then, 4.30 terus pegi DM dan balik asrama, tukar baju sukan, solat asar berjemaah then riadah. Okay, time riadah tak buat pape pun sebab kteorang takde permainan yang nak dpt main, so jalan2 dengan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Mia, Izzati and others. Dyeorang memang baik sesangat dan peramah. Weyh, rindu korang lahh T_T Pastu, 6.10 masuk asrama untuk mandi, gosok baju semua dan unpack brg. Then, 7.00 mlm terus pegi DM makan. Lepas makan malam, solat maghrib then terus sambung Solat Isyak sampai 9.00 mlm. Time solat maghrib dan isyak, ade senior kot yang azan lah. Seriously aku cakap, aku suke dengan suara budak yang azan tu. Suara okay, bukan orangnye. Puhahaha. Punyelah sedap gile time budak laki azan. Hati aku rasa tenang ah. Ehehe. Lembut hati dengar. Ni suami yang bagus ni. haha, tak memasal. Gurau je. Memang best ah time kat surau tu. Time tu, aku agak sedih sebab aku kesal dgn perbuatan bodoh aku yg kekadang tinggal solat dan tak selalu solat berjemaah, sejujurnye. Alhamdulillah, ati aku terbuka di saat itu :) Then, lepas solat terus pergi kat kelas untuk PREP. Korang tau prep? Alah, prep lah. Prep tu macam...entah. Aku pun tak tahu. Tapi,time ni biasenye dyeorang akan siapkan homework, study or whatever. Bagi aku, prep paling best ah. haha, first time kot aku ada / study kat kelas time waktu malam. haha, best. Rupenye baru aku faham kenape ade loker kt belakang kelas sebab dyeorang simpan buku kat situ. Lagipun, time kat asrama, mustahil untuk baca buku or study sebab balik asrama pukul 11 mlm then kne light off pukul 11.30mlm. Maka, dyeorang kebanyakan habiskan masa paling banyak di kelas.
Hari seterusnya
Alhamdulillah, hari isnin berjalan dengan lancar. Bangun pukul 5 pagi, siap diri then solat subuh berjemaah then sarapan kt DM. Then pergi kelas, letak beg, 7.10 pagi perhimpunan setiap hari. Time perhimpunan, apa yang mengejutkan aku ialah dyeorang uruskan benda tu semuanye sediri. Memang woww. Dan time perhimpunan pun tak bising sangat. Then, masuk kelas belajar dan ulang benda yang sama. Btw, kt skolah dyeorang ni ada Kelas Bahasa Antarabangsa. So, ade 3 pilihan bahase, Cina, Jepun dan Perancis. Aku pun ape lagi, hamik jepun lah. Setelah sekian lama aku tak belajar jepun, akhirnye belajar lah sikit sikit dapat vocab baru. Time blajar jepun teringat kembali memori aku bersama budak tigs tahun lepas. Huwaa, nak pi sana balik. Okay, tutup drama. Haha. Then, petang tu kiteorang tak payah riadah sebab hujan! YEAHH. so, waktu itulah dari pukul 5.30ptg hingga 7 mlm akan digunakan untuk tidur, mandi, basuh baju dan gosok baju. Ada jugak yang main mandi air hujan. haha. then, mlm tu aku pegi DM. Time lepas makan tu, aku pi basuh tangan. Tetibe ada kakak senior tu mcm pandang aku then senyum2. (kakak tu usha aku lah, haha) Then, kakak senior tu panggil nama aku, Izyan. Aku pun pandang arah dyeorang, then dyeorang sume terkejut. Dyoerang tanya, nama Izyan ke? then aku jawab, ye, kenapa? . Dyeorang cakap ada kakak form 4 tu, nama dye Izyan jugak, dan MUKE DYE SIBIJIK SAME MACAM AKU. Aku macam -.- biar betik. Rupenye, ade sikit lah. Kak senior Izyan tu pun pakai spec mcm aku, tu yg sama tu. haha.
Then, malam tu aku rasa mcm tak sedap badan. Macam nak demam. Then, esok pagi, hari selasa, aku demam. Nasib baik Allah bagi kekuatan bagi aku untuk bertahan. kemudian, kt kelas time BM, cikgu tanye soalan pasal betulkan perkataan then suruh pelajar baru jawab. Then, budak kelas aku lagi2 lelaki galak sangat suruh aku jawab, tak habis2 sebut izyan izyan izyan -.- Kalau perlahan takpe jugak, ni kuat kuat. Nohhh, malu kot. Setiap kali tnye pelajar baru, nama aku yang kne. Dahlah time tu aku demam, langsung tak dapat berfikir, so Sarah pun cakap yang aku demam kat cikgu time aku nk jawab.Nasib baik. Habislah, satu kelas tahu aku demam. Malu kot. haha. Siap ade bagi kacang lagi kat aku, katanye suruh hilang demam, so aku makan lah satu. Then, tetibe dye tanye, baca bismillah tak? Okay, serius tersentap gile. Sampai hati dye, malu aku =.= Aku akan ingat sampai bile bile. HAHAHAHAHAHAHAH *laughing loudly* fuh,penat.
Dipendekkan cerita.Then, waktu malam prep terakhir tu(malam khamis sbb khamis dah kne balik), tetibe ade sorang kawan aku yang comel , namanye Badariah. Wlaupun baru jumpe, tapi kteorang agak rapat coz dye peramah. Boleh dikatakan aku suke dan bertegur dengan semua budak sbpi ni sebab dyeorang sume muslimah, pelawak dan peramah gile. Baik hati pulak tu. Haa, lembut hati eden. Ah, then badariah dtg tmpat aku dan dye suruh aku tulis no. fon dan fb. then dye cakap nanti jangan lupekan dye dan ayat yang memang menusuk kalbu ah aku cakap. Maka, tertumpahlah air mata yang bertakung selama 2 saat selepas dye cakap benda tu. Aku tak boleh tahan nangis. Sememangnye aku jenis tak tahan nangis dan suke nangis. Nak buat macam mane. Sebak hati meninggalkan mereka. Aku dah anggap dyeorang sume macam kawan aku yang paling rapat walaupun baru 4 hari bersama dyeorang. tak pernah aku rasa selesa secepat ini ketika berada di skolah tu. Pastu, kecoh satu kelas, malu dohh. Semmua tengok. ehhhhh, malu lah, orang tengah nangis jgn tengok. haha. Then, malamnye kiteorang macam arits *echeh* sebab ramai gile mintak bwat biodata, no. fon dan fb. Tapi, tak ramai ramai pun add aku. Haha, takdelah, gurau. So, esoknye hari teakhir tiba jugak. Tapi, tetibe demam aku dtang balik. Ah,shit. Why! Then, waktu balik tu memang keberatan gile lah nak balik. Time habis belajar, tetibe budak nyanyi lagu pasal berpisah pulakk. Tapi, aku berjaya menahannye !! yeah, tapi beberapa minit je. Pastu, terus terjun balik airmata tu dari mata aku. Aku peluk dyeorang, ckp jgn lupe aku. Fuhhh, then bile balik rumah, hati rasa kosonggggg gile. Kosong gile. Balik rumah, 2 hari nangis. Time skolah hari sabtu tu pun nangis kat kelas time kawan aku yg join pergi skali jumpe aku then tanye, " Izyan, hampa rindu depa tak?" Dan, sampai malam ni pun, aku tak lupe pada dyeorng. So, kpd sesiape yang budak SBP Integrasi Kubang Pasu yang baca blog dan entry aku ni, jangan malu comment yowww. Haha, macam ade yang baca =.=
So, ape yang aku dapat kat sana?
1. Ilmu yang sangat bernilai yang tiada harganya. Cikgu yang gempak dan time ajar memang faham gile berkat doa yang bersungguh-sungguh seluruh pelajar dlm kelas.
2. Pelajar yang sporting gile, peramah sesangat, excellent dlm study dan pandai berdikari. Btw, dyeorang mesti buat perbentangan setelah mereka selesai satu topic. Take note! Its really good for those that hard to remember in studies.
3. Adap pergaulan antara lelaki dan perempuan yang sungguh memukau mata aku iaitu sangat terjaga. Dan, seriuosly aku cakap, bukan nak gatal lah tapi lelaki yang pakai songkok sangat kacak dan cool. So, budak kat sana cool. Tahniah xD haha. Dan pakaian sekolah mereka yang sangat menutup aurat, time prep pun mesti pakai stokin, it's good :)
4.Aku telah diberi petunjuk oleh Allah. Sekolah ini terlalu indah. Semuanye berkaitan dengan Islam. Alhamdulillah, seminggu di sini, aku dapat betulkan semula dan dapat kukuhkan iman semula. InsyaAllah, akan aku praktikkan di sekolah. Amin, terima kasih atas semuanye.
5. Pengalaman terindah walaupun hanya seketika. Hehe.
THANKS TO THOSE AND SOME WORDS TO:
Farhana/ faan: Syukran atas surat tu. Izyan hargai pemberian tu. Ayat dlm tu sangat bermakna, insyaAllah, kami takkan lupekan faan sampai bile bile. Faan dan Izyan :)
Badariah, terima kasih atas nota pendek hampa. Walaupun kecik dan pendek, tapi ayatnye menusuk kalbu dan bermakna. Kami rindu hampa. InsyaAllah, ada peluang jumpe lagi.
Syidae: budak yang paling pro dalam korean. Haha, tak sangka kami mempunyai interest yang sama iaitu minat korea. ape ape perkembangan tentang snsd, habaq kat kami tau melalui FB. Online always, lets chatting and take care. Jangan lupakan kami, dan begitu juga kami. InsyaAllah, meet soon.
Izzati: PRS yang comel :> Budak yang paling pro dalam semua subjek. Kami terkejut dan sangat impress dengan hampa pnyer karangan. Nanti ajarlah kami buat karangan yang boleh buat orang ternganga mulut sampai masuk lalat eh? haha, lawak ja. Okay, kami rindu hampa :(
Dan kepada orang yang bagi surat time malam prep terakhir tu, terima kasih. Izyan menghargainye. Tapi, tak boleh blah korang bagi number phone dgn fb, haha :) Hope u all not offence kay. Rasa memang nak simpan sebab tarikh lompat kan tapi takpe kot. Haha. Ada rezeki dapat bersemuka lagi? xD I accept that forgiveness with happily yeayyyyy.
*ohye, ade sorang budak laki tu. Aku tak tahu name dye ape tapi aku pernah terdengar dye berzanji or tengah selawat kot, rasanyelah. Sememangnye, suara dye sangat merdu dan sedap *echeh* tak silap aku dye duduk kat tempat tengah, baris ke-2. Haha, memang sedap, aku terkejut dengar suara dye :) Keep it up, that person. Yeah, it's you :>
dan kepada sesiapa yang saye tak sebut namanye dan bagi ucapan *echeh bajet aku*, janganlah bersedih. Walaupun nama hampa takde kat sini, tapi tetap sentiasa di hati kami, tanpa mengira jantina, bangsa dan sebagainye. Terlalu banyak yang tersimpan sebagai memori terindah walaupun benda tu agak memalukan tapi smuanye amat menggembirakan. Ah, yang tengah baca ni pun kami ingat kat hampa jugak. Hehe.
|
Yeah, tengah malam buat benda ni. Ayah aku kat sebelah, tidur kat sofa tetibe. Thanks temankan aku sorang2 kat awal. This's dedicated to 3 Ihsan and actually to all form 3 in SBP Integrasi Kubang Pasu
|
SO, ALL OF YOU, GOOD LUCK IN PMR. AKU YAKIN, KORANG BOLEH DAN PASTI DAPAT 9 "A" DALAM PMR. DAN AKU YAKIN, INSYALLAH DAPAT 8 A PMR DAN APPLY SEKOLAH KORANG BOLEH? OKAY! :>
みんな、ありがとうございます ❢
さようなら、またあいましょう :D
ASSALAMUALAIKUM.